Zikir

محمد:
بِسْــــــــمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِـــــــيْمِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ .

Hadith Riwayat Muslim Nabi SAW bersabda:

‘Sekiranya anda berterusan menghadiri majlisku dan berada di dalam zikir, sudah tentu para malaikat akan bersalam dengan anda di atas tilam-tilam anda dan juga di jalan-jalan yang anda lalui, tetapi ibadah itu perlu dilakukan mengikut masa demi masa, masa demi masa, masa demi masa ”

——————————————————————
Sabda Nabi S.A.W… “Berdzikirlah hingga orang mengatakan kamu gila!”

Gila cinta… rindu yang tiada penghujungnya, mati jasadmu baru lah engkau dapat menemui kekasihmu… matikan ada kehendakmu, matikan rasa ada hakikat sifat-sifatmu, matikan rasa ada wujudmu… matikanlah wujudmu sebelum engkau dimatikan hakiki.

Hingga bersih dari selain Allah S.W.T

Sekiranya si Salik berterusan hadir bersama dengan Rasulullah S.A.W dengan SOLAWAT, hati-hati mereka akan menjadi bersih dan ia akan mengalami peningkatan secara berterusan. Sekiranya mereka berterusan melakukan zikir dengan banyak beristighfar, BERSOLAWAT dan zikir asma-asma, hati-hati mereka terus meningkat naik. Apabila mereka berkumpul di dalam majlis Rasulullah S.A.W dan melakukan zikrullah, akan bersihlah hati-hati mereka.

#AllahuAllah..
#SolawatlahSebanyaknya

سُبْحَانَ اللّٰهِ .
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ .

Leave a Comment